Pekin Punca Remy dan Ummi bergaduh?



Malah, ada khabar angin mengatakan punca pergaduhan pasangan kekasih, Remy Ishak dan Ummi Nazeera itu berpunca daripada orang ketiga yang mula ‘masuk jarum’, menyebabkan seorang daripada mereka naik angin dan mula mempersoalkan kesetiaan masing-masing. Antara dikaitkan dengan cerita itu termasuk pelakon Pekin Ibrahim, yang sebelum ini kelihatan rapat dengan Ummi, terutama ketika menjalani penggambaran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Menurut sumber, hubungan mereka akrab seolah-olah pasangan bercinta dan asyik ‘berkepit’ di sana, menyebabkan ramai menuding jari Pekin adalah punca sebenar hubungan Remy dan Ummi pecah berderai. Bagaimanapun, anak muda kelahiran Kelantan itu tegas menafikan dia terbabit dalam cinta tiga segi, apatah lagi parut yang baru sembuh akibat putus cinta dengan Ayu Raudhah sebelum ini masih jelas.

Menurutnya, dia tidak pernah berniat merampas kekasih orang, sebaliknya sekadar berkawan dengan sesiapa saja yang menghulurkan salam persahabatan memandangkan penggiat dunia seni sememangnya akrab sesama sendiri.

0 comments:

Post a Comment