Kekasih Baru Noh...siapakah gerangan gadis ini?


Chantek nyer awek baru noh nie kann... <3

Ini teka-teki buat para pembaca hari ini. Hint-nya, gadis ini cantik orangnya, dan pada satu ketika dulu, pernah menganggotai sebuah kumpulan hip-hop yang popular.

Pasangan romantis ini telah dilihat sebentar tadi, berjalan bersama-sama sambil berpegang tangan di dalam Stadium Putra Bukit Jalil. Beri sokongan moral kat Noh lah katakan yang pertama kali berentap di pentas AJL bersama kumpulannya, Hujan. Nampaknya, serius juga perhubungan mereka jika dah berani pegang-pegang tangan di khalayak ramai.

Semua pun dah tahu yang Noh telah kembali solo selepas berputus dengan kekasihnya Tya sejak pertengahan tahun lalu. Sebelum perpisahan mereka, Noh hebat digosipkan dengan Nora Danish, meskipun dinafikan Nora wujudnya apa-apa di antara dirinya dan vokalis Hujan itu. Lama-kelamaan, gosip itu berhenti begitu saja.

P/S: sedeyhnye bila perhubungan berakhir begini ye..Noh dah ada Pengganti..kecian Thia...Tgk awek lama Noh..Thia Ghani..klik sini


Ramai yang mengetahui Noh bahagia bersama kekasih hati yang masih belajar di luar negara. Namun hubungan tersebut telahpun putus di tengah jalan gara-gara gosip dan pelbagai lagi dugaan yang melanda. Memang susah bergelar artis, lebih-lebih lagi jika empunya diri menjadi pujaan ramai.


Kini Noh telahpun berjumpa pengganti yang tidak kurang cantiknya. Noh mengakui teman barunya itu sentiasa menemani ke mana sahaja Hujan membuat persembahan. Kata Noh, dirinya perlukan seorang wanita yang memahami dan yang pastinya dia tak boleh bersendirian.

Apa-apapun, kami ucapkan semoga Noh berbahagia dengan teman baru dan semoga sukses dengan album baru Hujan Mencari Konklusi yang telahpun dilancarkan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment