Azwan Ali tulis buku:Selamat tggl dunia pondan


Di dorong rasa insaf yang ada dalam diri pelakon kontroversi Malaya, Azwan Ali, pelakon ini dikatakan akan menulis sebuah buku tentang pengalaman pribadi beliau sepanjang hidupnya ini. Buku yang bakal keluar ini adalah hasil karya sendiri 100% dari Azwan Ali. Namun apa yang menjadi perhatian adalah dengan tajuk buku tersebut yang berbunyi ‘Selamat Tinggal Dunia Pondan’.

Adakah pelakon, Azwan Ali secara terang-terangan telah mengakui yang dirinya selama ini hidup dalam dunia realiti pondan seperti yang digembar gemburkan ramai pihak?

“Biarlah pembaca sendiri yangg menilai hasil tulisan saya. Yang pasti isi kandungannya sesuatu yg dinantikan. Saya sendiri dapat rasa yg kehidupan saya semakin indah sejak saya berubah. Keindahan itu hanya saya dan orang yg rapat dengan saya dapat rasakan”
Azwan Ali ada merujuk yang istilah ‘pondan’ dalam buku beliau tidak semestinya merujuk kepada gaya kehidupan beliau sebelum ini. Cuma sebagai lumrah kehidupan manusia sejagat dimana perubahan berlaku dengan rasa keikhlasan dan bukan kepura-puraan.

0 comments:

Post a Comment