Pengakuan dan "statement" Fasha Sandha tentang Qabil Ambak dan Rizal


Akhirnya terungkai sudah segala misteri tentang percintaan 3 segi antara Fasha Sandha, Qabil Ambak dan Rizal. Ini yang kita mahukan dari artis Malaysia. Menjawap segala pertanyaan peminat-peminat atau pembenci-pembenci dia. Hidup Fasha Sandha ~~

Meh kami rumuskan apa yang sebenarnya berlaku antara Fasha, Qabil dan Rizal:-

1. Qabil Ambak sememangnya lelaki yang dikatakan bakal melamar Fasha Sandha sebagai isteri semasa Fasha bagi press conference. Ingat lagi tak? Kalau tak ingat leh baca artikel pengakuan Fasha yang menyatakan bakal berkahwin dengan seorang lelaki bujang. Memang kalau ikut plan asalnya, Qabil Ambak lah lelaki tue. Tapi sayang kita hanya mampu merancang. Tak sampai jodoh agaknya kot.

2. Adakah penyebaran gambar Fasha Sandha bersama Rizal di trek kereta, gambar Fasha Sandha dan Rizal di majlis hari jadi menjadi punca Qabil tak jadi masuk minang Fasha? Menurut Fasha, benda-benda tue tak ada kaitan dengan sebab diorang tak jadi bertunang. Alasan sebenar perpisahan diorang nie tak pulak dibagitau. Mungkin nak simpan buat pekasam kot.

3. Wujud ke orang ketiga ataupun ada halangan family yang menentang hubungan Fasha Sandha dan Qabil Ambak nie? Jawapannya sudah tentulah tak. Bak kata Fasha, reason perhubungan diorang tak dapat diteruskan adalah terlalu peribadi sampai tak boleh nak kongsi.

Kalau korang berminat betul-betul nak baca berita sepenuhnya pasal Fasha Sandha, Qabil Ambak dan Rizal nie, sila baca artikel ini sepenuhnya.


PADA awalnya, dia berjanji akan mengumumkan siapakah lelaki yang bakalmenjadi suaminya apabila tiba masanya nanti. Namun apakan daya, manusiahanya merancang tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Belum sempatFasha Sandha berkongsi kegembiraan mengenai hari bahagianya itu,tiba-tiba lelaki yang dikatakan bakal menjadi suaminya itu tampilmembuat pengakuan di akhbar mengatakan yang dia tidak jadi untukberkahwin dengan pelakon itu.

Menerusi laporan yang dikeluarkan akhbar Harian Metro minggulalu, atlit ekuin kebangsaan, Qabil Ambak Mahamad Fathil mengatakan diaterpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tidak mahu ada pihakkeliru atau tersalah anggap. Tanpa menjelaskan alasan sebenarperpisahan mereka Qabil cuma menyatakan Fasha sudah sedia maklummengapa hubungan mereka tidak mampu kekal lama

Andai benarlah lelaki yang Fasha maksudkan sebelum ini adalahQabil, pastinya hakikat itu amat sukar untuk ditelan. Bayangkan, lelakiyang sebelum ini diharapkan menjadi payung buatnya tiba-tibamengundurkan diri begitu saja. Namun jelas Fasha, keputusan untuk tidakmendirikan rumah tangga itu sebenarnya dibuat atas persetujuan bersama.Bagaimanapun, alasan serta punca mengapa mereka berbuat demikian,dibiarkan Fasha tanpa sebarang jawapan.

Realistik dengan lumrah alam percintaan yang tidak pernah memberi apa-apajaminan, Fasha berkata dia menerima keputusan itu dengan hati terbuka.Tegasnya, apa yang berlaku itu semuanya adalah ketentuan Tuhan dan diaakur menerimanya. Jauh di sudut hati dia juga percaya bahawa tidaksemua yang berkasih akan bersatu di penghujungnya dan bukan semuapercintaan itu berakhir di jenjang pelamin.

Hip: Adakah Qabil lelaki misteri yang dikatakan Fasha sebagai calon suami seperti yang diuar-uarkan sebelum ini?

Fasha: Sebenarnya sejak awal lagi saya memang tidak pernahmemberitahu mana-mana pihak siapakah lelaki yang bakal menjadi suamisaya. Saya hanya katakan yang saya akan umumkan perkara itu apabilatiba masanya nanti. Tapi memandangkan Qabil terlebih dulu membuka mulutmembuat penafian itu, jadi saya akui lelaki yang saya maksudkan sebelumini memang Qabil. Kami memang berkawan baik dan pernah merancang untukmendirikan rumah tangga. Tapi lumrah kehidupan, kita hanya mampumerencana tapi yang melaksanakannya adalah Tuhan. Saya tidak sedihdengan apa yang berlaku kerana saya pernah melalui ujian lebih terukdari itu. Cuma apa yang ingin saya jelaskan adalah keputusan untuktidak meneruskan hasrat untuk berkahwin ini bukanlah keputusan Qabilseorang diri, tetapi saya juga.

Hip:Apakah Fasha menyalahkan Qabil apabila hal ini diperbesarkan media? Dandalam artikel itu, Qabil kata Fasha sedia maklum punca perpisahan itu.Boleh jelaskan?

Fasha: Saya tidak menyalahkan Qabil kerana saya tahukenyataan itu dikeluarkannya apabila ditanya media. Dan saya jugamemberikan reaksi terhadap apa yang dikatakannya dalam artikel itu.Tidak ada pihak yang bersalah dalam hal ini. Ingin saya tegaskan,perpisahan kami bukan disebabkan keluarga atau adanya orang ketiga.Tapi ia lebih kepada perkara peribadi yang tidak mungkin dapat sayakongsikan bersama masyarakat.

Hip: Mengapa Fasha tidak bersemuka dengan Qabil untukmendapatkan penjelasan memandangkan dia terlebih dulu membuka ceritaini pada media?

Fasha: Sewaktu artikel itu tersiar di akhbar, saya beradadi Kangar, Perlis kerana anak saudara saya dimasukkan ke hospitalkerana alahan ubat. Jadi tumpuan saya pada itu lebih padanya. Lagipuntak perlu saya hendak memanjangkan perkara ini kerana kami berpisah puncara baik. Jadi biarlah hubungan kami selepas ini kekal begitu.
Hip:Mungkin Fasha mengharapkan keajaiban akan berlaku iaitu hubungan iniakan bertaut kembali jika segala masalah yang membuatkan kalianterpisah berjaya diatasi?

Fasha: Saya sayangkan Qabil hanyalah sebagai kawan. Dalamhal ini, hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa. Biarlah kamikekal berkawan baik saja selepas ini. Kami juga saling mendoakankebahagiaan masing-masing.

Hip: Kalau begitu mengapa Fasha mengaku yang Qabil adalahcalon suami yang Fasha maksudkan sedangkan Fasha menyayanginya sebagaiseorang kawan?

Fasha: Itulah uniknya hubungan kami. Saya memang berkawanrapat dengannya dan kami pernah sama-sama merancang untuk mendirikanrumah. Rasanya bukanlah sesuatu yang luar biasa kalau seseorang ituberkahwin terlebih dulu dan kemudian baru bercinta. Macam orangdulu-dulu. Kami juga mahu menjadi begitu tetapi disebabkan tiada jodoh,hasrat itu terpaksa kami lupakan.

Hip: Fasha tak sedih apabila kejadian seperti itu menimpa diri Fasha?

Fasha: Saya pernah lalui dugaan yang lebih teruk dari itu.Jadi dalam hal ini, saya anggap apa yang berlaku adalah ketentuanTuhan. Jodoh, ajal maut semuanya di tangan-Nya. Hidup mesti diteruskandan saya bersyukur kerana keluarga saya banyak memberi sokongan dalamhal ini.

Hip: Bagaimana pula hubungan Fasha dengan Rizal? Apakah dia punca sebenar impian perkahwinan Fasha musnah di pertengahan jalan?

Fasha: Hubungan saya dengan Rizal macam biasa. Kami memangberkawan baik tapi dia bukanlah punca perpisahan kami. Malah segalacerita yang tersebar di internet kononnya antara sebab kami tak jadikahwinnya disebabkan gambar di trek litar lumba kereta bersama Rizalserta majlis rumah terbuka yang saya hadiri, memang tidak benar samasekali. Cukuplah, hentikanlah menyebarkan cerita yang tidak benar samasekali. Apa yang berlaku sebenarnya, hanya kami saja yang tahu. Sayajuga berharap selepas ini, cerita saya dan Qabil tidak lagidiperbesarkan. Ini adalah kenyataan terakhir dari saya berhubung isuini.

Hip: Memandangkan Fasha sudah kembali solo, apakah mungkin Fasha akan membuka pintu hati untuk lelaki lain singgah?

Fasha: Buat masa ini saya tidak mahu memikirkan hal itu.Bukan serik tetapi mahu memberi sepenuh tumpuan saya hanyalah untukkerja saja. Pun begitu, kalau tiba-tiba ditakdirkan saya bertemu jodoh,biarlah dengan lelaki yang saya cinta

3 comments:

rahimhalimi said...

Fasha.. Fasha...
Semuanya kawan, semuanya mesra..
mana boleh layan kawan sama ngan layan BF..
lagipun kite orang ISLAM..
So tahu2 la kan..
I'm sorry for u fasha..

Anonymous said...

fasha ni macam tak bermaruah atau sbnrnya mmg tiada maruah diri???

Ameena said...

orang yang melempar fitnah memang bersalah. namun kadangkala fitnah itu puncanya datang dari diri sendiri. rapat memang boleh, namun perlu disesuaikan dengan keadaan, dear... kalau dah parah dengan tohmahan dan fitnah baru nak menjaga hubungan itu tidak kena. dan sekali lagi, betul kata saudara Rahim: kita ini orang Islam. dan kalau tidak mengamalkan Islam pon, Fasha masih membawa nama Islam. berpada-padalah...

Post a Comment