Dari Blog Linda Onn~ peminat kantoi kutuk linda kaw2

Al-kisahnya, semalam Linda ke cyber cafe,teman kawan Linda nak print kertas kerja dia. So,Linda pun masuk ke cyber cafe tu dengan muka selamba jer.. takde orang perasan Linda masuk sebab masing2 tengah sibuk mengadap komputer. Ada yang main game,ada yang chatting,ada yang layan facebook dan ada yang tengah bergosip di forum artis !

Hmmm.. nak dijadikan cerita,Linda duduk sebelah seorang budak perempuan ni. Linda duduk agak belakang sikit dari dia. So,dia tak perasan yang duduk kat belakang dia ni adalah LINDA ONN. Jadi, Linda pun sempat ’skodeng’ apa yang dia gosipkan..di ruangan forum artis . Huh! Kalau artis baca, boleh berdarah jugak lah tengok apa yang dia type ! Lepas satu topik,satu lagi topik dia bukak.. dah tu..dia hentam artis baeeeeekkkkk punya ! Macam takde perasaan.

Tiba satu part ni,dok hentam tentang muka artis… antara yang dia taip ialah

“eleh..takat muka jawa lubang hidung besar…nak jadi artis? hampeh! Monyet tengok pun belum tentu nak jadikan couple! Sah tak laku!”…

OK ni lagi satu.. Linda tak ingat satu persatu apa yang dia taip, tapi Linda ingat isinya..

“Paha besar macam *&^%$# . Takat muka macam dia ni,nak jadi gf mamat tu? telinga capang. Aku lagi layak lah.. Minah tu dah lah hidung macam serombong kapal! “

Lepas tu..dia boleh pulak sama-sama join ‘memfitnah’ dalam forum yang tajuknya ‘Dagu Linda Onn runcing’. Dia taip gini ->

“….cantik sangatlah tu dagu di injek..botox! Tak guna dapat duit banyak tapi semua ke dagu. Patutlah kena tinggal balak dia dulu sbb dagu tak cukup panjang! choyyy!”.

Linda pun sabar je … Rasa macam nak cekik je budak tu dari belakang. Dia tak perasan yang Linda Onn yang dia fitnah tu ada kat belakang dia. Pelik Linda tengok. Walhal dia pakai tudung. Dari sudut aurat,dia perfect sebagai seorang muslim sejati! Tapi dari sudut hati,perangai,pemikiran…dia kotor! Jijik! Jadi tudungnya itu untuk menutup jijiknya ke? Ya Allah,itu kan semua ciptaan tuhan..kenapa dia sebagai hambaNYA mengeji ciptaanNYA?

Nak dijadikan cerita,dia bangun sebab dah penat buat dosa agaknya. Dia toleh ke arah Linda dan terkejut badak!! Linda pun cuma senyum… dan sempat cakap

“..dik.. Kak Linda Onn tak buat dagu..tak percaya? peganglah dagu ni? “

Minah ni punyalah malu,dia tak terkata apa. Cuma sempat cakap “eh..hi..kak..”.

Lepas tu terus keluar dari cyber cafe tu. Linda dah tak nampak sangat muka dia.. yang Linda nampak cuma seorang perempuan yang rendah nilai dirinya..

DAGU LINDA ? Buat apalah nak buat dagu? Linda sendiri tak faham kenapa orang kena cucuk muka? Nampak bengkak tau tak.. But who knows..mungkin mereka ada sebab lain utk inject. BTW,my dearest blog readers…sayangku,manjaku,cintaku…dengarlah cakap Linda ni…Dagu Linda ni,dah berpuluh kali Linda katakan..nampak runcing bila kurus,cara mekap & cara senyum yang buat dagu nampak panjang. Linda tak pernah inject dagu ni.. Lillahi.. Ishhhh ..selisih!

5 comments:

Anonymous said...

cilako lu linda, apa ingat lu tak pakai tudung, lu baik sangat ka....laknatullah....jgn sekali2 nak kuiri org pakai tudung nyer...tutup aurat tu perintah Allah....apa, lu solat tak pakai tudung ka??

Anonymous said...

linda..ko jgn bnyak cakap r..dagu ko walaupon nature tp tetap org ckp cmtu..yg pentg tutup aurat..asik nak tyg dada jek..kalo besar xpe gak..ciput besar kacang je pon

Anonymous said...

aku rasa dak yang komen kat atas ni mst minah yang bengang 2 lah... sbb cara ckp lain mcm jer.. releks la... dh malu 2 x yah la marah2... apa pn minah yang kena sound 2 memang best la.. wa tabik... sbb bkn je dpt bengang tp dapat suprise tngk muka linda depan2.. nasib baik x tercium molot... wakakakahhh

Anonymous said...

sbr jela ye...msing2 ad prgai msing2..x smua prfect..yg bek kte cntohi n yg bruk kte buang jauh..x smestiye yg pki tdung 2 bek dri sgle sudut..n bkn smua yg x pki tdung 2 buruk akhlakye..mybe yg x pki tdung x trbka hti die g..jgn ckp ikut sdp mlut je yg mngutuk org ssuke hti..erm, sndri dh ckup pahala ke??dh ckup amal ibadat?????sblm wt pape,pkiq pnjg...



innocent_blurr@yahoo.com

sunmi said...

klik sini tuk cerita artis terbaru
http://jutawanklik.com/?a_aid=luv_me

Post a Comment