Ajai dan Liza selamat bernikah

Expression muka Ajai sini nampak mcm Apek jual sayur je...aha~


Komposer dan penyanyi, Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, kelmarin (16/8) selamat diijabkabulkan bersama pilihan hatinya Norliza Ilyas, yang merupakan bekas pegawai kanan Maestro Talent Management. Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Pejabat Agama Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Ustaz Hj Mansur dengan hanya sekali lafaz dari Ajai, kira-kira pukul 11 pagi di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Mas kahwin bagi perkahwinan mereka adalah sebanyak RM 1001 manakala jumlah wang hantaran pula adalah RM 15 ribu. Pihak lelaki menghantar tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada mas kahwin, sebentuk cincin, sepasang kasut, sebuah beg tangan, satu set solekan, kek dan juga tepak sireh. Manakala pihak perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran yang terdiri daripada senaskhah al-Quran, sebentuk cincin, satu set tali pinggang dan dompet, satu set pakaian, sepasang kasut, kek yang dihiasi dengan nota muzik, tepak sireh, satu set wangian dan sebuah telefon bimbit jenis Blackberry

0 comments:

Post a Comment