Fasha Sandha Tayang buah hati di set penggambarannye


SS tidak tahulah apa maknanya apabila kini berani pamerkan hubungan intim mereka depan orang ramai. Kalau dulu hanya cerita teman-teman saja tapi kini tunjuk di kalangan orang industri.

Apakah maknanya itu? Pada SS, kalau sudah begitu ceritanya, ertinya mereka sudah bersedia untuk melangkah ke episod seterusnya.

Menurut rakan SS yang terlebih ‘busy body’ itu, katanya si lelaki sudah berani pergi ke lokasi tempat kekasihnya sedang menjalani penggambaran drama di Sungai Buloh.

Katanya, sudah tentu Fasha gembira kerana buah hatinya bukan datang dengan tangan kosong tetapi siap belikan makanan untuknya dan juga kru produksi sekali. Baiknya hati.

Tetapi sebelum itu, menurut rakan SS, si lelaki siap minta izin dengan pengarah drama itu untuk bertemu si dia. Waktu hendak balik, Fasha siap cium tangan lagi. Syahdunya percintaan teruna dara ini.

Kalau sudah begitu caranya, kahwin sajalah. Lagipun dah banyak cerita yang tak baik SS dengar mengenai mereka berdua. Jika hati dah suka, elok diakhiri dengan perkara yang paling diredai Allah.

SS juga difahamkan, pengarah drama itu menasihatkan perkara sama terhadap mereka berdua supaya segera ‘mendirikan’ masjid. Selagi bernama manusia, kita pasti akan melakukan kesilapan tetapi jangan biarkan keterlanjuran itu berterusan.

Kenapa perlu menunggu lebih lama jika ia akan terus mengundang fitnah masyarakat. Apabila sudah berkahwin nanti, SS berharap adegan cium tangan suami itu akan berkekalan sehingga ke akhir. Jangan pula dua tiga tahun selepas itu kena cium buntut kuali.

Bercinta memang seronok. Cium bunga tahi ayam bau wangi macam cium bunga ros. Apabila dah kahwin nanti, dugaannya lain pula.

P/S: betul ke lelaki itu dikatakan sebagai rizal,duda si nora?hmm entahla..kiter tunggu yeah..

0 comments:

Post a Comment