Leya (DJ hot FM) dah due nak beranak anak kembar

SS juga difahamkan, Leya sebenarnya dijangka bersalin 1 Julai ini, tetapi dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras, Kuala Lumpur kerana sudah mengalami tanda-tanda hendak bersalin.

Tapi selepas seminggu, perkembangan tanda-tanda hendak bersalin itu terlalu sedikit hingga Leya keluar masuk hospital. Sejak Sabtu lalu, SS difahamkan Leya dimasukkan semula ke hospital itu dan kini menanti detik melahirkan.

Difahamkan, bukaan pintu rahim Leya hanya berubah daripada dua sentimeter kepada empat sentimeter dan doktor menjangka Leya melahirkan pada 25 Jun ini.

Walaupun terpaksa menunggu masa agak lama, SS difahamkan, Leya mahu melahirkan anak secara biasa bukannya pembedahan kalau tiada masalah mendesak. Leya juga sentiasa memberi perkembangan terkini mengenai dirinya dalam Facebooknya. Begitu juga dengan Hot FM.

Kepada Leya dan suami, Muhammad Ashraf Aasimudin, SS harap bersabar dan banyak-banyak berdoa. Mungkin ibu Leya, Fatimah Abu Bakar ada petua untuk memudahkannya bersalin, maklumlah sudah ada pengalaman melahirkan empat anak perempuan yang bukan saja comel-comel malah membesar jadi anak berbakat dalam seni.

Selepas Leya memulakan kerjaya lakonan dan kini lebih dikenali sebagai penyampai radio, kini ketiga-tiga adiknya meneruskan perjuangan Leya.

Pada Fatimah dan suami, Syed Zainal Rashid, tentu lebih berdebar kerana bakal menyambut cucu pertama.


0 comments:

Post a Comment