Judul filem -"Anu dlm botol" tukar jadi " ... dlm botol"

Saya dah hantar skrip kepada Jakim untuk dinilai. Syukur alhamdulillah, skrip itu lulus dan saya boleh buat penggambaran. Mungkin sebelum puasa nanti penggambaran akan bermula. Cuma Jakim minta tajuk “anu” tidak digunakan. Saya bercadang nak tukar …Dalam Botol.

Bagaimana pemilihan pelakon?

Seperti yang saya katakan dulu antara pelakon yang disenarai ialah Zizan Nin, Arja Lee, Kefli (AF3), Ryzal untuk watak mak nyah. Calon untuk menjadi pasangan watak itu pula Norman Hakim, Tony Eusoff, Fauzi Nawawi, Nazim Osman dan Wan Raja. Daripada senarai pelakon ini saya akan buat peraduan untuk memberi peluang peminat memilih dua sahaja di kalangan mereka.

Adegan asmara atas katil dan laga-laga pipi yang hendak ditonjolkan. Bagaimana? Adakah dilulus?

Tidak. Jakim tak benarkan. Tapi saya akan tukar kepada laga-laga pipi. Mungkin akan ada watak didalam kelab gay. Sambil menari pasangan ini akan laga-laga pipi. Yalah… tak boleh nak laga hidung, kita laga pipi pulalah.

Sebelum ini Raja Azmi tetap mempertahankan untuk menonjolkan adegan asmara atas katil. Apabila tidak dibenarkan, apa tindakan seterusnya?

Tak ada masalah. Saya akan tetap buat perkara yang hampir sama. Cuma ia tidaklah keterlaluan. Ia akan ada unsur-unsur artistik. Contohnya saya akan tunjukkan pasangan itu turun dari katil dan akan kelihatan kondom terbuka yang diletakkan di tepi katil. Jadi, orang akan fahamlah makna adegan itu.

Tak rasa rugi selepas kehendak Raja Azmi untuk menggambarkan sesuatu watak cara Raja Azmi itu tidak dibenarkan?

Saya tak rasa rugi tapi rasa terkilan sikit adalah. Tapi saya akur dengan keputusan yang diberikan kepada saya. Kita kena ikutlah.

Ramai yang mempersoalkan kenapa adegan seks keterlaluan itu hendak ditonjolkan. Sepatutnya tonjolkan moral filem ini. Tidakkah rasa bersalah?

Saya tahu mungkin sebelum ini saya agak ghairah untuk menghasilkan filem ini tapi selepas kritikan demi kritikan yang diberikan kepada saya, saya mendapat satu hidayah. Hajat asal saya nak berdakwah tetapi akhirnya orang yang dakwah kepada kepada saya. Ia sesuatu yang baik dan saya dapat banyak pengajaran daripada teguran orang itu. Ia merupakan satu hikmah apabila ada orang tegur saya lebih awal. Kesedaran datang dalam diri saya kerana sebelum ini saya mengenepikan sensitiviti orang lain. Lepas ni kalau nak buat apa-apa pun saya perlu tapis dulu.

Bila banyak watak yang tidak dibenarkan adakah ia boleh dipanggil dakwah lagi?

Saya anggap dakwah diwujudkan dalam perjalanan cerita ni iaitu penyesalan yang timbul daripada perbuatan individu kerana menukar jantina. Saya harap bila filem ini siap, penonton akan rasa insaf. Keinsafan itulah dakwah saya. Yang lebih penting kita kena berdakwah. Ya… saya nak berdakwah kepada orang, orang pula berdakwah kepada saya. Itu sesuatu yang amat bernilai.

Agaknya apakah kontroversi filem ini?

Memang tak ada niat saya nak jadikan filem ini kontroversi. Isu filem ini jadi panas sebab gara-gara saya nak bubuh zakar dalam botol dan adegan cium. Kontroversi tetap ada iaitu zakar yang akan diletakkan di dalam botol walaupun tajuknya ditukar.



0 comments:

Post a Comment