Rihanna dah putus


LOS ANGELES - Penyanyi irama R&B, Rihanna (gambar) didakwa meraikan perpisahannya dengan Chris Brown dalam satu majlis rahsia bersama rakan-rakan rapatnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Umbrella itu akhirnya berjaya memutuskan hubungan cintanya dengan Brown setelah mereka terbabit dalam satu pergaduhan pada Februari lalu yang kini dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Rihanna didakwa meraikan status barunya pada malam Ahad lalu di restoran Giorgio di Los Angeles bersama rakan rapat dan wakil syarikat rakamannya.

"Teman-teman rapat Rihanna berulang-ulang kali meyakinkan dia bahawa karier nyanyiannya akan berakhir jika dia terus bersama Brown," kata satu sumber.

"Seramai 10 orang hadir pada majlis makan malam tersebut termasuk seorang wakil sebuah majalah fesyen yang berminat untuk mendapatkan khidmat Rihanna," kata sumber.

0 comments:

Post a Comment