Kareena Poyo tayang body lagi


SELEPAS muncul dengan badan yang kurus mirip supermodel menerusi filem Tashan, bagaimana agaknya bentuk badan Kareena Kapoor dalam merealisasikan watak seorang supermodel menerusi filem Kambakkht Ishq?

Filem yang telah siap menjalani penggambaran itu menggandingkan Kareena dan Akshay Kumar yang menghidupkan watak seorang pelakon lagak ngeri yang bekerja dalam industri filem di Hollywood.






Menurut satu sumber: "Kareena pasti akan muncul seksi dalam Kambakkht Ishq sebagaimana penampilannya menerusi Tashan yang menyaksikan dia memakai bikini. Khabarnya kali ini dia muncul dengan memakai bikini berwarna hitam."

P/S:poyo je pompuan nie..aku tak shukeeeew

Kambakkhat Ishq yang turut menampilkan kemunculan khas beberapa bintang Hollywood tersohor seperti Sylvester Stallone, Arnold Schwarzenegger dan Denise Richards itu dijadualkan mula ditayangkan menjelang 29 Mei ini.

0 comments:

Post a Comment