Jackie chan cakap,org cina harus dikawal,jgn terlalu bebas


KOMEN pelakon terkenal filem aksi Jackie Chan mengenai 'orang China wajar dikontrol' mengundang reaksi negatif dari berbagai pihak terutamanya di negeri kelahirannya di Hong Kong dan Taiwan.

Chan memberi komen ini ketika berucap di sebuah forum di Province China Selatan Hainan. Katanya, sebuah masyarakat yang bebas tidak semestinya memberi manfaat kepada negara China secara khusus.

"Saya tidak berapa pasti samada kebebasan itu bagus atau tidak," kata Chan baru-baru ini.

"Perlahan-lahan saya mula merasakan kita kaum China sepatutnya dikawal. Kalau tidak dikawal, kita akan buat sesuka hati kita," kata Chan.

Seterusnya, Chan berkata, "Kebebasan yang dikecapi di Hong Kong dan Taiwan telah membuat masyarakat di situ "chaotic" (tidak menentu)."

Komen kritis Chan mengundang reaksi yang positif dari tokoh dan pemimpin kesatuan bisnes tapi tidak dari mereka yang menggubal undang-undang di Taiwan dan Hong Kong.

"Dia telah menghina kaum China. Orang China bukannya seperti haiwan peliharaan," kata penggubal pro-demokrasi Hong Kong, Leung Kwok-hung.

"Masyarakat China perlukan sebuah sistem demokrasi yang melindung hak asasi manusia dan undang-undang," sambungnya.

Seorang lagi penggubal undang-undang, Albert Ho, pula menyifatkan kenyataan Chan itu sebagai 'racist' atau berbaur perkauman.

"Semua orang di seluruh dunia boleh menguruskan negara mereka dengan baik. Kenapa pula orang China tidak boleh berbuat demikian?"

Komen Chan yang panas itu mendapat liputan meluas dari media di Hong Kong dan Taiwan, tapi tidak di media di negara China.

Ini adalah kerana populariti Chan cukup disegani di negara China disebabkan dia banyak membantu mempromosikan sukan Olympik.

Chan juga adalah Naib Pengerusi bagi Persatuan Filem China (China Film Association) sebuah persatuan yang mendapat pengiktirafan di China.


P/S:Manusia nie tak perfect,dan tak sebijak mana,oleh itu kita perlu ada guidance atau panduan,pegangan dan guidline,kalau terlalu bebas dan tiada pegangan,maka manusia itu adalah seperti haiwan..makan segala2,anjing kucing,biawak,katak,sumenye makan,bogel sana bogel sini...dah mcm haiwan..ada akai ,pakai la...kalau tak boleh sgt2 nak pikiaq,ikut je panduan dan pegangan..

0 comments:

Post a Comment