Ako Mustapha di Penjara 3 Bulan dan Denda


Pelakon Ako Mustapha yang mengaku bersalah berhubung kes khalwat dengan seorang perempuan bukan Muslim ataupun bukan muhrimnya, Anang Sagunting hari ini dijatuhkan hukuman denda RM3,000 dan penjara 3 bulan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kerana Ako atas kes khalwat dan dianggap telah menghina mahkamah setelah gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes yang lalu.

Bagaimanapun, Pegam Syarie, Zuri Zabuddin Budiman yang mewakilinya membuat permohonan untuk penggantungan perintah sementara menunggu rayuan terhadap kedua-dua hukuman tersebut dan memfailkan permohonan tersebut pada petang ini.

Keputusan sama ada rayuan Ako diterima atau ditolak akan diketahui pada pukul 2.30 petang ini.
Dimaklumkan, Ako juga sedang berada dalam tahanan pihak berkuasa.


Keputusan sama ada rayuan Ako diterima atau ditolak akan diketahui pada pukul 2.30 petang ini.

Ako didakwa mengikut Seksyen 29(1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang membawa denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Ako, 37, yang berkahwin dengan Kartina, 29, pada 17 Januari lalu dituduh berkhalwat dengan Anang Sagunting, 25, di Oakleaf Park Kondominium, Persiaran Bukit Antarabangsa di sini, sekitar jam 1.20 pagi, pada 27 Jun 2007.

Januari lalu, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad telah membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap Ako setelah empat kali dia gagal hadir ke mahkamah, dan menetapkan tarikh hari ini untuk sebutan semula kes.

0 comments:

Post a Comment