Mawi Kahwin..woohooogo


Mawi makin kurush..dah kurush barulah hensem drpd bulat sja
huhuhu

KUALA LUMPUR - Penyanyi 'Raja SMS', Mawi bakal mendapat 'hadiah perkahwinan' bernilai hampir RM5 juta pada pertengahan Disember ini.

Hadiah itu merangkumi liputan menyeluruh secara langsung majlis pernikahan dan persandingan penyanyi popular itu yang akan dipancarkan ke seluruh negara.

Ini termasuk tajaan lokasi, pengurusan acara dan pelbagai kos penganjuran lain yang bakal diangkat sebagai Wedding of The Year ini.

Hadiah hebat ini bakal disumbang oleh stesen televisyen Astro kepada penyanyi berkenaan yang akan berkahwin dengan kekasihnya, Nora'Ashikin Rahmat, 29, yang mesra dipanggil Ikin.

Pernikahan Mawi dan Ikin dijadual berlangsung pada 20 Disember ini di Johor Bahru dan diikuti dengan majlis persandingan di pihak pengantin perempuan keesokan harinya.

Persandingan kedua di pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember dan di sebuah stadium di Johor Bahru.

0 comments:

Post a Comment