Linda Jasmin kekasih Que Haidar




KL, 10 OKT 2008: Bulan lepas kita pernah mencoret tentang kisah cinta baru pelakon muda handalan, Que Haidar yang khabarnya sedang hangat bercinta dengan seorang selebriti yang hanya ingin dikenali sebagai LJ.


Que sendiri enggan mengulas berkenaan hal itu, kerana menurutnya, dia belum bersedia untuk berkongsi cerita peribadinya, apatah lagi memberi tahu identiti sebenar siapa LJ.


Malah, sejak kita mengeluarkan cerita mengenai hubungannya bersama LJ, ramai yang menyangkakan kekasihnya itu adalah pelakon cilik Liyana Jasmay, padahal LJ yang dimaksudkan ialah Linda Jasmine!


Kebetulan dulu Liyana Jasmay juga pernah rapat dengan Que sebagai abang dan adik angkat.


Ramai tak percaya apabila kita sebuat LJ adalah Cikgu Linda. Malah ada juga yang bertanya Linda Jasmine yang mana satu? Hai, Linda Jasmine mana lagi kalau bukan tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF) yang sangat kita kenali itu. Manalah ada Linda Jasmine lain di Malaysia yang popular lagi?


Nampaknya bunga cinta mereka semakin mekar apabila baru-baru ini kawan kita terserempak dengan kedua-dua
mereka yang sedang berjalan berpimpin tangan di salah sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu negara. Cayalah!


Kawan kita memang selalu shopping di sana, maklum sajalah katanya, tempat itu kurang pengunjung , tampak eksklusif dan tiada gangguan.


Katanya, tak sangka pula hari itu dia bersama rakannya terserempak dengan Que, 29, dan Linda, 36, yang sedang berjalan penuh mesra, macam Zek dengan Azura. kita juga difahamkan, mereka baru saja keluar dari sebuah kedai permainan kanak-kanak dan sempat membeli sesuatu dari situ.


kita bukan apa. Kadang-kadang tak faham. Bila tanya tak mahu komen, tapi di luar sana, ramai mata dah pun memandang. Yalah, Linda pun dah janda, jadi tiada siapa yang boleh cakap apa dia nak intim dengan sesiapa termasuk Que.

0 comments:

Post a Comment