Rahsia Seorang Lelaki

KAJIAN terbaru dijalankan sebuah universiti di Amerika Syarikat mendapati, lelaki hanya fikirkan mengenai seks apabila berdepan wanita, lebih-lebih lagi jika wanita itu menarik, seksi dan memiliki bentuk badan menggiurkan. Fikiran lelaki pasti terus melayang ke senario persetubuhan dan ketika itu mata hitamnya menjadi meluas dan dia kemudian pasti mendapati dirinya mencapai ereksi sangat mencabar.Justeru, pendapat lelaki hanya fikirkan seks apabila bersemuka dengan wanita seksi nampaknya betul. Tidak hairan sesetengah kaum dan agama menetapkan pemakaian purdah atau menutup aurat untuk wanita supaya tidak mencabar imginasi seksual lelaki.Sehubungan itu, memakai purdah satu syor tepat yang tidak perlu dipertikaikan.Berbeza dengan wanita, mereka tertarik kepada ketampanan dan budi pekerti seseorang lelaki dan bukan kepada aspek fizikalnya. Apabila wanita berasa selesa dan selamat dengan lelaki, mereka akan mula membuka dirinya untuk didekati.Jika wanita itu mula percaya kepada lelaki, mereka tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan tahap hubungan mereka ke peringkat lebih serius.Persepsi seksi kepada wanita bukan hanya kepada aspek fizikal, tetapi keterampilan diri lelaki berkenaan. Ia tidak terhad kepada ciri ‘machonya’ saja.Lelaki yang memiliki keterampilan diri yang diidami wanita akan mendapati dirinya ‘laris’ apabila wanita akan mudah dan sentiasa cuba mendekatinya.Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada wanita tidak teragak-agak melamar seseorang lelaki apabila mereka mula menaruh kepercayaan kepadanya.Perlu diingatkan, wanita kini lebih memilih dan jika mendapati lelaki itu calon secocok, mereka tidak akan teragak-agak untuk menawannya. Ia bukan perbuatan aib untuk wanita.

Lelaki...

1. Bila si dia sibuk........ Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah utk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan.

3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran........ Jgn membuat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong.....Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.......Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yg selamba ini selalunya ingin kita yg memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul......Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

0 comments:

Post a Comment