Pierre : Saya Pernah Sayang Fasha


Pierre mengaku terbawa-bawa watak Kogi yang sayang pada Nia, lakonan Fasha (Foto The Star oleh Mohd Sahar Misni)

Jawapan ‘hanya kawan’ dan ‘kami tetap berkawan’ terus diungkapkan oleh Pierre tatkala diajukan pandangannya tentang gosip baru antara Fasha dan Hans Isaac.


Tetapi, jejaka berusia 22 tahun ini tidak segan-silu mengakui pernah menyimpan perasaan ’sayang’ terhadap gadis itu.


“Memang saya akui, ada perasaan sayang tu. Tapi, akhirnya saya sedar perasaan itu sebenarnya wujud kerana saya terbawa-bawa sikap dan watak Kogi yang sayangkan Nia (Fasha) dalam filem 9 September.


“Kadang-kadang sebagai pelakon, memang kita akan terbawa-bawa watak yang kita lakonkan di luar set. Itu saya tidak nafikan.


“Saya sendiri sebenarnya kena kawal perasaan dan perlu ingat pada prinsip saya yang tidak mahu terjerumus dalam cinta lokasi.


“Tetapi, katakan saya ada simpan perasaan pada Fasha pun, saya tidak ada hak untuk halang sesiapa saja yang dia suka sebab kami pun tidak pernah declare hubungan kami lebih dari kawan.


“Dia ada hak berkawan dengan sesiapa dan sehingga hari ini kami berdua masih rapat dan saling menghubungi antara satu sama lain. Kami tidak pernah bercinta pun sebab masing-masing memang sibuk.


“Saya pun banyak mengarah filem sekarang ini dan tengah buat persediaan untuk filem arahan saya yang ketiga tidak lama lagi,” kata Pierre yang ditemui baru-baru ini.
Beralih topik dan mengulas pula tentang projek terbarunya, kata Pierre, dia kini di dalam proses untuk menyiapkan dua buah skrip filem iaitu Playboy dan Undercover.


Pierre antara Pengarah harapan David Teo, bos Metrowealth



“Kedua-dua filem ini masih akan diterbitkan oleh Metrowealth. Kemungkinan selepas raya nanti kita akan mulakan dengan filem bercorak aksi yang memaparkan dunia polis iaitu Undercover dulu.


“Buat masa ini, saya belum boleh jelaskan dengan lebih lanjut lagi sebab skrip masih di dalam proses.


Pierre antara Pengarah harapan David Teo, bos Metrowealth
Tetapi, terkejut juga kerana David Teo masih meletakkan kepercayaan pada saya walaupun dua buah filem arahan saya masih lagi belum ditayangkan,” jelas Pierre.Filem 9 September akan ditayangkan di pawagam pada 1 November ini dan ia mengisahkan bagaimana Nia (lakonan Fasha), perempuan yang berpewatakan kasar dan ganas ditinggalkan oleh kekasihnya. Sejak itu, dia menyimpan dendam terhadap lelaki.


Mangsanya adalah Kogi (Pierre), seorang lelaki yang baik dan jujur yang sering dibuli oleh Nia. Lama-kelamaan, perasaan cinta mula berputik di dalam diri masing-masing sehinggalah kekasih lama Nia kembali ke pangkuannya.


Maanakala filem keduanya yang juga menampilkan genre romantik komedi, I’m Not Single baru saja selesai menjalani penggambaran.


Filem yang bakal menelan kos sebanyak RM1.5 juta ini membariskan


pelakon muda sebagai tunggak utamanya iaitu Farid Kamil dan bintang baru, Lisa Surihani.I’m Not Single mengisahkan tentang Maya dan Adam yang dipaksa berkahwin pada usia muda kerana perancangan keluarga masing-masing yang bersahabat baik sejak kecil.
Walaupun tiada perasaan cinta dan saling membenci antara satu-sama lain, Adam dan Maya tiada alasan kukuh untuk membantah perkara tersebut walaupun pada masa yang sama, Maya sendiri sudah mempunyai teman lelaki, Dani dan juga telah merancang untuk berkahwin.
Pelbagai peristiwa lucu dan konflik terjadi pada pasangan ini lebih-lebih lagi apabila Maya meminta untuk diceraikan walaupun ketika itu mereka sudah mula mengenali diri masing-masing.


“Bagi saya, seboleh mungkin saya ingin seimbangkan antara kuantiti dan kualiti. Saya risau juga dengan kemampuan saya. Saya takut dengan expectation orang ramai terhadap saya.
“Tetapi, bila lihat David yakin dengan saya, saya terfikir kenapa saya sendiri tidak boleh yakin dengan diri sendiri. Saya sedar saya masih baru di dalam bidang pengarahan, jadi bagilah masa untuk saya buktikan kemampuan sebenar saya,” kata Pierre.

0 comments:

Post a Comment